BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

love you alls =)

Wednesday, July 27, 2011

DURIO ZIBETHINUS

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2 yang bijak di sana sekelian. Kawan yang bijak misti la pergi sekolahkan. Masa kat sekolah dulu ada belajar subjek sains yang memang digilai ramai. Mana tak nyer kalau orang tanya "kau sekolah kat mana?" jawab "sekolah kat $%^#^& jer." si bertanya pulak "wow! sekolah elit penyer. hebat2.Kau aliran ape?" jawab "aliran sains jer ( muka megah kagum dengan diri sendiri)." Aku akaui aku jua begitu maklumlah 'HOMO SAPIENS' kan cewah dah keluaq dah bahasa saintifik tue dia.

Haishh..tanyalah sapa2 pun baik mak bapak kita, dalam banyak2 zaman lah kan zaman mane yang paling best? misti depa habaq zaman sekolah. Sebab pa sebab zaman sekolah adalah zaman petumbuhan atau pembesaran seseorang. Zaman yang banyak mengajar seseorang untuk hidup. Selain belajar subjek2 yang telah ditentukan oleh kementerian pelajaran secara am nya, secara tidak langsung kita belajar berkawan, bergaul, berkomunikasi, berdikari dan macam2 'ber' lah. Paling penting masa tue lah kita belajar mencari identiti sendiri. Baik atau buruk kita masa tue lah baru 'melentur buluh biar dari rebungnya'. So, kepada ibu2 bapak2 sekelian berilah sepunuh perhatian dan sokongan kepada anak2 di zaman persekolahan mereka untuk mereka explore and experience apa yang berhak mereka rasai kelah mereka tidak akan menyesal dengan hidup mereka kerna mereka tahu semuanya, mereka ada semuanya dan mereka serba boleh. Jangan sesekali menyekat akan minat mereka kerna apa yang mereka minat adalah kecermerlangan mereka bukan hanya megah dengan straight A's dengan pangkat besar dan gaji beribu-ribu.

Okeh terlanjur sudah aku nie. Aku sebenarnya nak cakap pasal DURIO ZIBETHINUS nie. Apa makluk nie. Ya ini memang makluk ciptaan ALLAH yang tak ternilai untuk sekelian manusia menikmati akan kelazatannya. Durio Zibethinus nia adalah nama saintifik bagi raja segala buah iaitu DURIAN. ler durian rupanya. Ya durian tapi kenapa durian?? Sebab aku adalah permaisuri durian hahaha Aku memang suka makan buah durian nie tak tahu la kenapa mungkin masa mak aku mengandungkan aku asyik makan durian je nak2 time tue musin durian tambah pulak kebun datuk aku durian menjadi bak durian runtuh. Banyak pulak HIPOTISIS nya yer.. Ya hipotisis juga term science ya biasa digunakan ketika membuat experiment dalam makmal ya. (tiba2)


Orang tua kata, durian tak boley makan banyak takut panas badan. Tak boleh nak tidur, duduk tak senang berdiri pun tak senang tapi aku tidak. Betol aku cakap ko. Aku suka makan durian ngan bapak aku. Bapak aku belah durian aku makan belah lagi aku makan lagi hahaha Aku sangat tak suka nak belah durian. Kalau aku belah konfem2 aku makan sikit jer that why la aku suka makan ngan bapak aku hehehe..

De satu kisah, pada suatu hari datanglah datuk aku kerumah bersama seguni durian. Mulanya makan sikit jer mak aku pulak buat tempoyak. sedapp. Kul 12 macam tue lah mata aku nie xley nak pejam gelisah semacam jer. Aku p la dapur terperanjat deng bapak aku tengah belah durian aku pe lagi tanpa segan silu duduk bersila sebelah bapak aku macam orang kebulur tak makan setahun. Macam biasa bapak belah anak makan. Belah makan belah makan sedar tak sedar dah berbiji2 tinggal bape biji je lagi tok mak aku buat tempoyak. Bapak aku cakap habis la malam nie tak boley tidur. Memang betul bapak aku tak boleh tidur tapi yang hairannya aku dengan bahagianya tidur nyenyak hingga ke pagi siap bangun lewat g. time tue budak g so xpe la bangun lambat hehehe..

Aku bersyukur lahir kat malaysia nie kaya dengan buah-buahan yang unik lagi lazat dan berkhasiat. Kat luar negara pun ada buah durian nie tapi kualitinya mungkin tak sama dan harga mistilah mahal nak2 kat Landon lagi la mahal. Beli sebijik kat Landon boley beli selonggok kat mesia nie. Yang sedeh nya kat mesia pun banyak buah diimport dari luar khususnya thailand. Nak cari durian kampung pun susah dah sekarang kebun durian datuk aku pun dah buat rumah banggalo dah. Alahai zaman teknologi.


Sedapnya gulai tempoyak kan. Cekodok durian. Buat Ulam pun enak makan bersama budu.

Sekian.