BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

love you alls =)

Thursday, June 23, 2011

MY HUSBAND MY BANK

Umm..jadi suami adalah wang untuk isteri? setuju atau tidak terpulang kepada anda untuk mengupas statement ini mengikut pandangan masing-masing. Lain orang lain caranya kan tapi korang pernah dengan ceramah kat TV atau mana-mana bicara yang berkaitan dengan suami isteri misti ustaz/ustazah akan cakap "Duit suami adalah duit isteri dan Duit isteri adalah duit isteri". Sejauh mana kebenaran kes ini dan berapa ramai suami yang beragama islam akur akan ketentuan ini. Adakah ini ketentuan yang ditentukan oleh-NYA atau ini hanyalah kata-kata.


Aku bukanlah orang yang alim tinggi ilmu agamanya tapi aku pernah belajar subjek PENDIDIKAN ISLAM dan soal ini ada dalam sukatan mata pelajaran masa aku tingkatan 4 dan 5 please take note aku cemerlang subjek nie selalu dapat A ok hah! belagak la pulak kan. Hampir 6 tahun berlalu tapi masih berlegar-legar dalam otak aku nie. Mengikut buku Pendidikan Islam SPM terbitan pelangi memang famous buku nie time aku belajar dulu chapter berapa haruslah sudah lupa tapi isi nya tertulis suami yang beragama islam dan bertanggungjawab wajib :
1- menyediakan tempat tinggal
2- menguruskan makan dan minum
3- menyediakan pakaian
4- memberi nafkah zahir dan batin
macam tue lah lebih kurang maksudnya apa yang aku ingat lah. aishh nampaknya kene buka buku balik lah kan tak pe jangan malu sebab learning is eternal kan hahaha.

Umm..apa beza rumusan perenggan pertama dengan perenggan yang kedua?? Apa yang dapat anda rumuskan? Bagi aku la kan kalau dilihat secara kasar ianya jauh berbeza bagai bumi dengan langit tetapi kalau dilihat secara halus ianya seperti serupa. Dalam si suami menjalan kewajipan yang diwajibkan keatasnya, main point nya adalah duit kan. Nak sediakan tempat tinggal, makan minun, pakaian dan nafkah bagai mistilah pakai duit kan dan suami tidak berhak keatas duit isteri kan sudah sedia maklum jadi betullah dalam bahasa mudahnya "Duit suami duit isteri dan Duit isteri duit isteri" dalam bahasa kejam mat salleh nya pulah "My Husband My Bank" nasib laki aku ada akaun My Bank selamat hidup hehehe. Sape-sape nak jadi suami pastikan anda sing in akaun My Bank dulu yer baru ramai cewek-cewek mau dong. Aduhh gue bercandah deh.

Apa-apa pun sila rujuk pada yang pakar aku hanya mau mengisi masa lapang. Jauh dah aku melencong nie Al-kisah sebenarnya aku nak citer pasal My Wife My princess. yeke?? nie minggu lepas aku pergi MPH books store kat Alamanda putrajaya tue kononnya nak cari buku membuat perhiasan/jewelery. Aku pun tak sedar sejak bila tuhan kurniakan perasaan minat dengan benda-benda macam nie. Aku pun tak tahu aku kretif sebenarnya hah! hah! perasan!!! Tengah shok cari buku okey dah dapat 2 buah buku yang boley memberi panduan untuk aku mendalami bidang membuat perhiasan nie. Then ngade-ngade la menyemak kat novel, belek punya belek oh terjumpa buku My Wife My princess wahhh bunga-bunga hati aku kan kot-kot la laki aku kat sebelah mo puji kan skali ape dia cakap "kalau i My wife My PRINCESS kalau you MY HUSBAND my bank" ting-tong cha-ching cha-ching opsss..forget about the price tag lah toink-toink kepalo deng. APO INGAT EDEN MATO DUITAN PO. HUH!! Nak buat macam mano eh dah memang eden dicipta untuk menjadi pembantu keuwangan suami. terima jo lah. hehe

kononnya lah kan.. Alatan asas yang perlu ada bagi beginner can aku nieh.

Citer pasal perhiasan nie. Memang aku minat lah kan nak belajar mendalami ilmu seni perhiasan nie. Bayangkan aku dapat habiskan 2 buah buku yang aku beli tue dalam satu malam jer cuba bagi aku buku engineering satu muka surat sehari belum tentu aku habis baca. wowo minat betol nieh. So aku p la cari basic tools tok buat perhiasan nie. Jalan-jalan jumpa kat sebuah kedai kat IOI MALL kat puchong tue. Kalau sapa-sapa tahu kedai supplier barang nak buat perhiasan nie seperti manik, dawai and so on yang murah please habaq kat ciq na. Pejam celik, wa cakap lu wa dapat siapkan seutas rantai dan gelang tangan dalam satu malam. Dengan segala hormatnya aku nak test market la kan. hikhik terpromote pulak.


Kod : N01
RM15 (include postage)



Kod : B01
RM10 (include postage)

Kalau berminat boley e-mail kan butiran ke :
afie_dafiey@yahoo.com

Ini adalah koleksi pertama buatan aku sendiri. Nantikan koleksi seterusnya ya.
Sekian Terima Kasih, =)

Thursday, June 2, 2011

Tip : Beauty Trends

Bila cakap pasal TREND haruslah kita kaitkan dengan FASHION kan. Apa yang kita pakai di rambut atau kepala bagi yang bertudung hinggalah ke kaki kan semuanya misti look trendy gitu kan. Kata orang, "mistilah kerana diriku begitu berharga" wah! sound luxury ko. Rambut mistilah selalu masuk salon kan supaya kelihatan cantik beralun kan lain pulak si pemakai tudung pasti kecoh bagai dengan gaya selendang NUR KASIH nya. Baju, T-shirt, blouse, jeans segala macam di tambah pula dengan handbag dan kasutnya bisa bikin perempuan gilak tawuk.

Belum lagi tengok gedget nya. Manusia zaman sekarang kalau takde BLACKBERRY dalam handbag atau poket tak trend la kan. Bagi yang bergaya mutu keunggulan i-pad, i-phone pasti menjadi pilihan. Aku yang tak berapa nak mampu nie macam mane pulak yer?? hanya mampu bersyukur dengan apa yang ada. Sekadar Nokia E72 dalam non-brand handbag dari dulu sampai sekarang sudah memadai. Kaum adam jangan duduk senang ye, kaum anda juga tidak ketinggalan malah lebih nya melebih dari kaum hawa kan. =p

layan i-pod lagi penting dari makan. situasi ini sangat merbahaya.. HAHA

Bagaimana dengan kecantikan? Cantik juga ada trend taw bagai cendawan tumbuh selepas hujan. BB cream formula baru yang dirumuskan khas untuk wanita supaya kelihatan lebih cantik, cerah dan halus. BB cream berupaya menghilangkan bintik hitam, tona tidak sekata, parut jerawat dan pori dalam sekelip mata. Macam mana? ada minat? bolehlah berkunjung ke beauty store SASA, GUARDIAN dan mana-mana yang berkenaan haha. Percaya atau tidak anda harus yakin sebab aku dah cehh yer betul aku cakap kau. Aku dah try kesannya bagus sekali haha. Antara produk kecantikan yang menyahut formula BB cream nie ialah CLINIQUE, BODY SHOP and MAYBELLINE yang aku tahu la.

Setiap wanita pasti mahu mencuba begitu juga aku. Aku yang punya hidup serba serdahana malah berkeinginan untuk memilinya, Maybelline New York Clear Smooth Minerals BB Cream RM19.90 pilihan yang tepat kan (sedapkan hati). Ok jugak brand nie dengan lapan kandungan hebat untuk kulit wajah lebih lembab dan memperbaiki tona kulit agar kelihatan sempurna dan berseri-seri.

The Body Shop Moisture White Shiso BB Cream dan Clinique Age Defense BB Cream antara jenama produk yang gah dipasaran lantas mampu menyelesaikan masalah anda. Cubalah!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh cari kat FB yer.
Sekian, Terima kasih.