BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

love you alls =)

Thursday, June 2, 2011

Tip : Beauty Trends

Bila cakap pasal TREND haruslah kita kaitkan dengan FASHION kan. Apa yang kita pakai di rambut atau kepala bagi yang bertudung hinggalah ke kaki kan semuanya misti look trendy gitu kan. Kata orang, "mistilah kerana diriku begitu berharga" wah! sound luxury ko. Rambut mistilah selalu masuk salon kan supaya kelihatan cantik beralun kan lain pulak si pemakai tudung pasti kecoh bagai dengan gaya selendang NUR KASIH nya. Baju, T-shirt, blouse, jeans segala macam di tambah pula dengan handbag dan kasutnya bisa bikin perempuan gilak tawuk.

Belum lagi tengok gedget nya. Manusia zaman sekarang kalau takde BLACKBERRY dalam handbag atau poket tak trend la kan. Bagi yang bergaya mutu keunggulan i-pad, i-phone pasti menjadi pilihan. Aku yang tak berapa nak mampu nie macam mane pulak yer?? hanya mampu bersyukur dengan apa yang ada. Sekadar Nokia E72 dalam non-brand handbag dari dulu sampai sekarang sudah memadai. Kaum adam jangan duduk senang ye, kaum anda juga tidak ketinggalan malah lebih nya melebih dari kaum hawa kan. =p

layan i-pod lagi penting dari makan. situasi ini sangat merbahaya.. HAHA

Bagaimana dengan kecantikan? Cantik juga ada trend taw bagai cendawan tumbuh selepas hujan. BB cream formula baru yang dirumuskan khas untuk wanita supaya kelihatan lebih cantik, cerah dan halus. BB cream berupaya menghilangkan bintik hitam, tona tidak sekata, parut jerawat dan pori dalam sekelip mata. Macam mana? ada minat? bolehlah berkunjung ke beauty store SASA, GUARDIAN dan mana-mana yang berkenaan haha. Percaya atau tidak anda harus yakin sebab aku dah cehh yer betul aku cakap kau. Aku dah try kesannya bagus sekali haha. Antara produk kecantikan yang menyahut formula BB cream nie ialah CLINIQUE, BODY SHOP and MAYBELLINE yang aku tahu la.

Setiap wanita pasti mahu mencuba begitu juga aku. Aku yang punya hidup serba serdahana malah berkeinginan untuk memilinya, Maybelline New York Clear Smooth Minerals BB Cream RM19.90 pilihan yang tepat kan (sedapkan hati). Ok jugak brand nie dengan lapan kandungan hebat untuk kulit wajah lebih lembab dan memperbaiki tona kulit agar kelihatan sempurna dan berseri-seri.

The Body Shop Moisture White Shiso BB Cream dan Clinique Age Defense BB Cream antara jenama produk yang gah dipasaran lantas mampu menyelesaikan masalah anda. Cubalah!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh cari kat FB yer.
Sekian, Terima kasih.

0 COOL BACKSTOP: