BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

love you alls =)

Saturday, February 19, 2011

TUDUNG AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum...


glitter-graphics.com

Scary tak kawan2 tengok animasi nieh??

Previous post saya de citer sal tudung/selendang kan. Niat saya ada alhamdulillah tapi bila baca ini jadi scary la plak. Note nie saya terbaca kat FB page kawan saya Hazirah Ahmad so nak kongsi dengan kawan2 kat sini jugak.. Jom baca2..

Apa2 pun sentiasa berdoa untuk kebaikan...Amin

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ -

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji -

Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

0 COOL BACKSTOP: