BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

love you alls =)

Thursday, February 24, 2011

Saya Lapar... Nak Makan Nie...

Assalamualaikum...

Akh..bila lapar tentu la kene makan kan kawan2.. Aduih..mengidam la plak nak makan makanan yang sedap2.. Boring tahap dewa dah asyik makan bende yang sama hari2 lauk pauk yang tak berapa nak enak umh!!! itu lah yang ada kat cafe kampus aku.. Arghhh..nak makan pun tension ye la perut pun tension sebab asyik masuk makanan yang layu aje. Apa boley buat sudah suratan takdir mengatakan itu aje yang ada untuk aku makan maka makan lah aku walaupun sekadar mengeyangkan perut yang membekalkan tenaga untuk aku meneruskan panceroba kehidupan sebagai mahasiswa di UMP ini ( ceh..gaye kalah 1st class student kah3)

Bila fikir dan fikir apa aku nak makan hari nie??? Berlegar-legar di sudut otak aku nie akan ayam yang lazad di Chicken Roasters bersama fruit salad yang segar, salad yang enak dan pasta yang lemak berkrim.. Aaahhhhhh...beku bibir aku menahan lelehan air liur dari keluar mengenangkan makanana tersebut. Pekena pulak hot chocolate with vanilla muffin umhhh walahhh layan la wey.. Akhhh..mau saja aku berlari p beli tiket terus balik mau melantak sepuas-puasnya then baru balik kampus nieh..hahaha..

Umm..nampaknya berangan lah aku sampai malam huhuuu. Terpaksa melupakan angan-angan itu jommmm buat assignment, lab report, prepared for quiz and test.. huuuuuu

Layan ye laaaaaaa.....huhuuuuu


Yummyyyy...


srupppp...akhhh...sedapnyaa....

Smile Healthily =]

Karok Kerek Kedek Box

CNBlue


Assalamualaikum..


Buah hati aku..wahhh!!! suke dye..=)


Assa!! Yeaaa..sape2 peminat CNBlue anda bertuah kerana anda berpeluang berkarok bersama saya di blog saya ini yezaaa Hebat skali hahaha.. Hah!! ini yang aku nak habaq mai kat hampa semua nie. Semenjah dua menjak nie aku minat gilo la kat Band Korea nie Band CNBlue ala yang encem2 cute wahhh..kelas gitue..hahaha Semua lagu band nie aku suka dan yang paling aku suka 'Arigato' yang sedang berkumandang kedengaran sekarang nie. Best kan!! Oleh kerana dah minat maka carilah aku lagu Arigato nie untuk background music blog aku. Bukan tue saja siap best set dengan lirik lagi cer citer eh bukan cer tengok kat bawah tuh tue..tue..tue..haaa kan..kan..ade kan yeaaaa..bijak3 Dengan ini, ayoh!!! kawan2 kita karok kerek kedek sampai puas.

Sebelum tue, meh sini aku nak aja cikit kawan2 sekelian macam mane nak guna karok kerek kedek box nie dengan friendly.

Lesson 1: jom kenal symbol =)

Ada 4 symbol semuanya iaitu :-
  1. 'll' ~ Pause
  2. ' + ' ~ increase the speed
  3. ' - ' ~ decrease the speed
  4. ' l ' ~ controller
Lesson 2: jom layan =)

Haa..dah kenal symbol kan so kawan2 yang bijak pandai tentulah taw apa kegunaan symbol bottom tue kan. Secara ringkas, kawan2 boley guna 'controller' untuk control lirik itu mengikut lagu yang didendangkan. Boley tekan '+' atau '-' untuk mengubah/menentukan kadar pergerakkan lirik tersebut supaya lirik itu mengikut tempo lagu tersebut dan sekiranya lagu itu hanya memaikan muzik dalam tempoh yang agak lama sehinggakan anda akan terlepas lirik pada perenggan yang seterusnya, anda boley tekan butang 'pause' untuk menghentikan pergerakkan lirik sementara waktu dan tekan butang 'play' untuk main semula lirik. Ada paham..gooooood =)

~THE END~

Haaa..senang je kan kawan2.. Lagu Arigato nie bukan saja sekadar memenuhi minat aku, ia juga bertujuan untuk berkongsi minat dengan kawan2 yang berminat serta TANDA RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 YANG SUDI SINGGAH DAN GODEK2 APA YANG ADA DALAM BLOG AKU NIE. JUGA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KAWAN2 YANG SUDI KLIK BUTANG 'FOLLOW' UNTUK JADI FOLLOWER AKU. Terima Kasih yang tak terhingga dari aku untuk kalian semua.
TERIMA KASIH - ARIGATO - DANKE - THANK YOU

Smile Healthy

Tuesday, February 22, 2011

LOVER ANNIVERSARY CONTEST


Assalamualaiku...

Wah!! 1st time join contest dalam blog nie. Macam menarik contest nie sebab ANNIVERSARY aku baru lepas je..haha Since tarikh tutup contest yang di anjurkan oleh Cik Syarni Farida lambat lagi iaitu 16 Mac 2011 so masih ada kesempatanlah nak join. Ayoh!! rakan2 join contest nie tak rugi pun hadian yang ditawarkan juga menarik sambil2 tue boley kongsi cerita Anniversary anda. Segala maklumat dan syarat2 boley klik disini.
___________________________________________


Photo Flipbook Slideshow Maker



Anniversary kali ini agak menarik bagi aku untuk dikongsi kat Contest nie. MERPATI PUTIH adalah tema rekaan aku untuk Anniversary yang ke-2 nie. Tarikh keramat aku dan Mr.Hello adalah pada 18 Feb setiap tahun tapi tahun ini diawalkan atas sebab tertentu. Merpati Putih dua sejoli pergi bersia-sia dan bermain-main di Berjaya Times Square Theme Park hahaha sound childish but cute hehehe... Cute lah kami pada hari itu hahahaha.... Boley klik
FullStory untuk cerita selanjutnya. Portable Hard Drive (WD) 500GB kini milik aku hadiah ulang tahun dari Mr.Hello(tq3).. LV necktie + Chocolate Chocolazad + Mr.Bear + Anniversary Card adalah hadiah dari aku untuk Mr.Hello.
tiktok..tiktok..sekian saja cerita aku untuk 'LOVER ANNIVERSARY CONTEST'..


Friends Tag:
  1. huda
  2. fatin amira izzati
  3. shima

UMP tercinta hahahahaaaaaa =)



Assalamualaikum...

Huh!! Kekusutan melanda dua tiga hari nie. Ion-ion negatif melanda diri ini tapi alhamdulillah diri kembali positif. Lupakan yang lama, yang dibenci akan tetap dibenci biarkan dia tidak memberi apa2 manfaat pun. Yang buruk biarlah dia buruk disedut tanah. Bangkit maju kehadapan mencari dan menyelesaikan perkara yang jauh lebih penting.

Jiwa semakin segar untuk berkongsi kegembiraan bersama kawan2 yang mahu berkongsi. Akh..bosan petang2 berkurung didalam bilik asrama 5 bintang ini aku, Nurul dan Ila ( m.cik) bersia-sia di sekitar kampus Gambang yang indah lagi permai ini..(HAHAHAHA) Sambil2 mencari ketenangan dapat juga menyihatkan badan. Tidak semestinya berjoging/bersenam dapat menyehatkan badan berjalan dengan santai juga dapat menyehatkan badan. Kalau kawan2 malas sangat nak bersenam seelok-eloknya berjalan setiap hari sudah memadai. Sudah menjadi perkara wajib bagi aku dan rakan2, kalau tidak bergambar/berpose/bersnappy memang tidak sah lah kan..HAHAHA Biasalah kawan2, selagi punya waktu snap la gambar sebanyak yang mungkin kerna setiap detik adalah memori terindah buat kita. 10 tahun akan datang, gambar2 itu sangat bererti buat kita. Memori itu akan dikenang di hari tua kelah. Jadi jangan sia2 kan setiap detik anda, kamera dah canggih apatah lagi hanfon2 sekelian, gunalah kemudahan yang dimiliki dengan sempurna. Tanamlah hidup anda dengan kenanagan terindah untuk dihiasi di hari mendatang.

Panjang pulak bermadah kali ini, mau kongsi kegembiraan kami disini...

















Empunya Blog mau pose jugak hahaha...

Smile Heathily

Saturday, February 19, 2011

TUDUNG AKHIR ZAMAN

Assalamualaikum...


glitter-graphics.com

Scary tak kawan2 tengok animasi nieh??

Previous post saya de citer sal tudung/selendang kan. Niat saya ada alhamdulillah tapi bila baca ini jadi scary la plak. Note nie saya terbaca kat FB page kawan saya Hazirah Ahmad so nak kongsi dengan kawan2 kat sini jugak.. Jom baca2..

Apa2 pun sentiasa berdoa untuk kebaikan...Amin

1. Tudung ‘Mickey Mouse’ -

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit -

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3. Tudung ‘See Through’ -

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul -

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5. Tudung ‘Singlet’ -

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji -

Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Friday, February 18, 2011

APA NIE???




Hah!! Apa nie?? Apa dah jadi?? Betolkah?? Benarkah??

Umm..Ini adalah percubaan sahaja belum cukup kuat untuk pergi sejauh ini tapi tidak mustahilkan. Insyaallah, masa akan itu akan tiba jua. Yelah, bukan senang nak berubah perlu persediaan mental dan physical yang kuat supaya ianya bukan sekadar 'hangat-hangat tahik ayam'. Niat juga perlu teluskan kawan2 tak nak pakai tudung/selendang hanya dek fashion atau untuk kelihatan cantik dan bergaya sahaja ianya lebih dari itu kan. Pakai tudung bukan untuk penampilan/cantik diluar sahaja tapi didalam juga perlu cantik. Citer pasal cantik didalam nieh yang berat sikit. Saya tak nak nanti bila saya bertudung ada pulak yang kata "pakai je tudung p parangai macam setan" atau "pakai je tudung tapi pakai baju ketat-ketat" atau "pakai je tudung tapi time dating pegang2 raba2 gak" atau "pakai je tudung buat maksiat gak" dan macam2 lagi yang saya dengan. Mintak jauh dari itu semua.

Apa-apa pun sentiasa berdoa untuk kebaikan..Amin..

Malas nak cakap panjang2 nanti lain pulak jadinya..
Jom tengok "APA NIE??" kat bawah..
















p/s: thanks to Fatin for all the stuff and nurul as photographer.Muaxxx

Smile Healthily

Friday, February 11, 2011

oh!! Rambut.....



Assalamualaikum..

Oh!! apa hal plak ngan aku nie. Angin tak de tiba2 pokok bergoyang nie..
Musim panas sudah datang maka terasalah bahangnya.
Panas sekarang nie kawan2 bagai nak pecah kepada deng di buwetnye haha..
Nak p kelas punya lah menyengat rasa kulit2 aku nie kene cahaya matahari.
Rambut yang panjang nie mulalah terasa serabutnya. Bila panas misti la kita berpeluhkan so rambut ini akan mula melekat2 kat leher dan leher jadi gatal2 dan tidak selesa.
Maka dengan itu, tiba2 lah terasa nak potong rambut kasi pendek sikit lah hahaha..

Tapi nak potong macam mane yer.. Style apa yang sesuai dengan bentuk muka aku yer??
Ini memang menjadi masalah besar setiap kali aku nak potong rambut.
Kawan2 boleh tolong saya tak? Style apa yang sesuai dengan saya??
Gambar kat bawah nie mungkin boleh membantu tapi kalau ada cadangan lain boleh komen kat bawah ok..tq



(A)

(B)

(C)
______________________________________________________________

Tetapi, tiba2 rasa macam 50-50 bila tengok 'ini'
musim panas dah menjelma, rasa macam nak potong rambut pendek la hahaha..
_______________________________________________

ummm....??????

Smile Happily

Wednesday, February 9, 2011

GERMAN FOR BEGINNERS


Assalamualaikum..

Arkhhh..alang2 dah terbuka blog nie nak kongsi lah sikit ilmu yang ada didada nie.
Orang yang bijak adalah orang yang selalu berkongsi ilmu yer kawan2 skali lagi kongsi ilmu yer bukan kongsi bende lain sedap2 wak lemak cili api macam harta sendiri ini memang tak ley bla yer hahaha..sempat lagi nak menyindir2 yer hahaha..

Aku tidak bijak stakat cukup2 makan je so skali skale tue nak lah jugak rasa macam mane jadi bijak nieh best ke sedap ke apa ke kan so cara yang mudah nak rasa diri nie bijak rajin2 lah berkongsi ilmu skali lagi kongsi ilmu hahaha..

Since aku nie susah sangat nak jadi bijak maka aku pun carilah jalan mudah nak jadi bijak biasalah kan manusia lain orang lain ragamnya lain lah caranya kan. Susah sangat nak terima time blaja dalam kelas bak kate orang tua2 cikgu aku kat skolah dulu slalu gak cakap nie kat aku "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" macam tue lah aku.

Member aku sorang nie pernah keje sambilan kat Tadika cikgu Tadikalah minah nie kejap. Dia de citer sal sorang budak nie bila suruh baca ABC tak boleh nak baca langsung tapi bila suruh nyanyi lagu ABC laju jer lancar jer sebutannyer. Apa yang korang boley simpulkan dengan situasi budak tadika nie?? Agaknya aku pun macam tue lah. Blaja kalau tak rasa FUN tak boleh masuk der. Macam mane nak buat blaja tu FUN?? ummm....

video

Hah!! tue dia.. Ayoh kita nyanyi sama2 nyanyi banyak2 lagi sampai cair..Lepas nie anda akan fasih berbahasa german. Fun la wey..Bijak tak aku..weakkkk

Sekian ~~

Smile happily

Tuesday, February 8, 2011

BUKTIKAN ANDA SEORANG 'SUPPORTER' YANG HEBAT MASA KINI yeahh!!



Assalamualaikum..

Hey..hey..Mahu jadi 'SUPPORTER' yang hebat?? Anda seorang 'SUPPORTER' yang hebat?? Ayoh!! Buktikan anda seorang 'SUPPORTER' yang hebat masa kini..
Umm..Tapi bagaimana?? Begini caranya..

1) Anda wajib 'like' link kat bawah nie: ( like cepat2)


2) Anda harus 'like' gambar kat link nie : (like pleaseeeeee)



p/s: pastikan title gambar tue ada:
i) WAN NUR AFIYAH BINTI WAN SAIRAZIN
iii) CONTEST NBR: 014


DONE??? then...tatraaaaaaa ANDA MEMANG HEBAT.

Terima Kasih kerana menjadi 'SUPPORTER' yang hebta..sesungguhnya anda memang hebat yeaaaa...
Sebenarnya, aku ada join satu contest nie. Contest nie semperna pembukaan FB baru dyza collections dan aku suka sangat kat hadiah yang ditawarkan. Hadian tue sangat comel dan cute. Aku nak sangat hadiah tue then aku join la contest tue. So aku perlukan sangat2 lah sokongan kawan2 yang ada nie tok 'like' gambar contest aku sebab bilangan 'like' yang banyak akan menang la..Tanpa kawan2 sekelian aku tak menang la dan tak dapat la hadiah comel tue. Kalau kawan2 kesian kat aku murahkan sedikit hati kawan2 tok follow step kat atas tue then bagi aku peluang menang hadiah comel tue yer..huhu

Sekian..Terima Kasih...

Smile Happily

Monday, February 7, 2011

TIBA-TIBA


Assalamualaikum...

Macam2 hal berlaku kebelakangan ini. Apa boleh buat terima sajalah. Mungkin hal ini pernah berlaku kepada anda tapi pertama kali berlaku pada aku dan family aku.haha

Baru2 ini, tetiba saja bapak aku dapat project kat temerloh, alhamdulillah murah rezeki. Aku plak tiba2 kena tukar tiket bas. Biasa lah kan trend pelajar U bila cuti menjalma tiket bas dan segala tiket yang ada perlu di beli awal takut habis tak dapat balik lah plak kan hahaha.. Aku dan beli siap2 dah tiket KL-KB dan KB-KUANTAN sekali bapak aku call suruh aku jual tiket tuh dan beli tiket baru ke temerloh. Alang2 dah nak raya cina sekolah pun cuti so bapak aku angkutlah adik2 aku skali kira 2 in 1 la kerja sambil bercutie. Takde lah bercutie sangat pun berkampung kat umah unty lini kat tementi jerk haahaaa..okey la tue kan..hahaha..

Hari ahad, kerja bapak aku kat temerloh sudah sattle la kot so boleh la balik ke kelantan. Cuti pun dah habis. Sebelum tu kena lah anta aku lu di Gambang nie. Bergeraklah kami menuju ke Gambang skali trekkk..tutttt..BooMmm...shhh berasap!!!! semua menggelabah Mak aku lagi la seram sejuk sebab cucu kesayangannya 'Wafiq' ngan dia sejurus bapak aku stop kat tepi jalan tuh terus bukak pintu bawak wafiq lari aku dan geng2 yang lain pun berkebut selamatkan diri masing2 hahaha.. Kereta bapak aku breakdown kat lebuhraya menghala ke kuantan di kilometer 159.5. Apa lagi, aku call la abang plus melaporkan kerosakkan.

Abang Plus: Hello,boleh saya bantu?
Aku: ya..kereta saya rosak nie.
Abang Plus: okey,boley saya tahu dimana lokasi saudara?
Aku:ha..panik..umm saya kat lebuhraya menghala ke kuantan.
Abang Plus:umm..kilometer brapa ye?
Aku: haa...umm...
Abang plus: tengok kat tepi jalan dik..
Aku: owh!! jap2..(berlari cari papan jalan tuh)..kilometer 159.9 huh!
Abang plus: okey..boleh bagi nama, no telefon, jenis kereta dan no kereta..
Aku:blalalalaaa...=)
Abang plus: okey..skarang adik masuk dalam kete dok diam2 tunggu sehingga petugas plus datang ye dan akan tarik kete adik ke tol yang terdekat tol Maran yer..
Aku: okey..terima kasih.

________MASA MENUNGGU!!!!_______

Manalah Abang Plus nieh..lambat seyh..kepanasan sudah..tak de keje cari kerja..snap2 pose2 lah jawabnyer..ayohhh!!! layannnnn..hehehe


Apa benda ntah yang pecah..tetttt

Haha..dua orang Bodyguard jaga kete bapak aku takut kene samun hahaha..
(Adik2 aku..Atiq si kkurus dan Boboy si debab)

Abang Plus tak datang2 berkampung disitu sedahlah panas..aiya!!

Terpancar kepenatan..Masing2 buat muka urkkkk

Mak aku tak berhenti membebal kat abang plus lambat sangat makan gaji buta lah apa lah uuu..
Bapak aku asyik tengok belakang tengok kete peronda plus tak muncul2 dalam kepala ngah berserabut 'umm..melayang duit aku' hahaha

____tuttttt...enter 'no comment' area..tuttttt____

Sebelum si Wafiq mengamok ibunya tanggalkan baju dia haha..
tak boleh panas2 budak nie umh! belagak tol weakkk..


Ini..tidak ada kene mengena ngan yang hidup mahu pun yang mati...haha

Ini..lagilah..adik aku si ikan kering...hahaha

_____Abang Plus datang yeaa!!!_____


huh!! datang pun Abang Plus..
Ini bukan follow dari belakang..Ini betol2 kene tarik..
best duk dalam kete yang ditarik oleh trak nie..haha cam naik kura2 jer..hahaha

Boleh tahan gak Abang Trak nieh..hahaha

umh2..

si gemok gedempol buat iklan murahan...hahaha


Ini..???
mulah si kecik menunjukkan bakat nyer..
wafiq: yeaa..afiq awak ete..yeaa..hugahuga..huhu

SELESAI SUDAH..tiba di tol Maran..menunggu bantuan pak ngah n mak ngah..sekian~